TREETSHIRT CONNECTION ON TV3

Selamat Datang!





TREETSHIRT CONNECTION (TTC) merupakan jenama kepada TREE CONNECTION ENTERPRISE (001924137-U), sebuah milik Bumiputera sepenuhnya yang diasaskan pada Januari 2010.

TTC dipelopori oleh 'tiga sekawan' yang saling mengenali sejak dari bangku sekolah lagi.

Berbeza latar belakang pendidikan tidak menafikan mereka untuk menzahirkan TTC sebagai satu realiti.

Selaras dengan motto 'Feel the difference, with connection' : rasai kelainan dengan jaringan, TTC bersedia memberi komitmen 100% terhadap kepuasan pelanggan yang sentiasa diberi keutamaan.

Selain daripada memastikan pelanggan sentiasa mendapat yang terbaik, budaya kerja TTC yang santai serta cara layanan yang mesra dijadikan titik tolak hubungan akrab TTC dengan para pelanggan.

Selain penekanan terhadap aspek mutu produk dan perkhidmatan, TTC juga kritikal serta peka terhadap isu- isu alam sekitar yang sering dibicarakan di serata dunia. Sehubungan dengan itu, sinonim dengan nama 'TREE CONNECTION', TTC juga mengeluarkan produk-produk yang menyokong kempen memupuk kesedaran terhadap alam sekitar.

Selamat datang ke alam TREETSHIRT CONNECTION, rasai sendiri kelainan berurusan dengan kami.


^_^


0 comments:

Post a Comment